Asalnya saya hendak menceritakan tentang 'Nama Bapa Saya Bagai Tidak Dihormati' , tetapi saya rasa lebih baik saya ambil 'Alat Pendengaran' sebagai modal di entri blog ini .
Pada tahun 2013 , itulah kali pertama saya menempuhi pelbagai cabaran sebagai pelajar OKU selepas ditemui Puan Rosiah yang mesra dengan panggilan Mama dalam kalangan warga Pend. Khas SMKSS . Hal ini disebabkan , saya tidak pernah mendaftar sebagai OKU di sekolah rendah . Dan , itu juga kali pertama saya melibatkan diri dalam Karnival Kesenian Pend. Khas peringkat Kebangsaan sehingga saya terlalu berusaha untuk memperbaiki diri . Pertandingan yang terlibat ketika itu ialah menganyam bakul dengan menggunakan rotan . Pegang rotan itu memang-lah rasanya sakit sebab asyik kena tarik kuat-kuat supaya dapat melihat bakul itu kelihatan kemas . Lama-kelamaan , apabila saya sudah mempelajari teknik menganyam bakul daripada seorang perempuan yang memang ada bakat menganyam di Ipoh , kesakitan itu hilang . Saya sudah biasa walaupun kesakitan itu meninggalkan kesan lebam di tapak tangan .
Haa, kalau nak rasa macam mana sakitnya , pergilah ambil rotan , kemudian anyamlah sebuah bakul . Kalau nak tengok hasil bakul buatan tangan saya , silalah melawati Bilik Jahitan Pend Khas di SMKSS . Hanya guru dan pelajar sekolah sahaja dibenarkan . Gambar bakul sudah hilang dan tidak ddijumpai sehingga sekarang . HAHAHA ....
OKAY . Kenapa saya berikan tajuk 'Trauma Alat Pendengaran' ? Bukan tajuk 'Anyaman Bakul' ?
Ada kisah sebaliknya .
Sebenarnya , setelah Karnival Kesenian tersebut yang berlangsung di Hotel Village Melaka tamat , saya bersama rakan-rakan dan guru-guru yang terlibat pulang ke Manjung dari Melaka tanpa membawa kemenangan . Biasalah , adat pertandingan kan . Ada yang kalah , ada yang menang . Perak tiada rezeki agaknya . Saya tiba di rumah syurga yang dirindui setelah 2 hari meninggalkan . Saya menanggalkan alat pendengaran kerana agak pedih di telinga disebabkan terlalu lama saya memakai alat itu . Saya pun beristirahat di bilik tidur saya selepas saya berkongsi pengalaman bersama ibu bapa .
Pada hari keesokannya , saya bangun awal pukul 6 pagi lalu membersihkan diri untuk menimba ilmu ke sekolah . Malangnya , semangat baru berukar menjadi tragik apabila alat pendengaran tidak dijumpai . Saya sudah mencari merata-rata dengan perasaan gusar dan panik kerana itulah satu-satunya alat yang saya bergantung supaya dapat mendengar bunyi-bunyi di sekeliling . Apabila ibu bapa saya menyuruh saya pergi sekolah tanpa alat-alat itu , saya pun tidak tahu hendak membuat apa lagi . Tetapi , saya ikut sahaja arahan mereka . Mereka juga menyuruh saya menceritakan kepada Puan Rosiah . Beliau mengatakan bahawa bas yang kami gunakan semasa Karnival tidak menjumpai alat yang hilang .
Dua hari kemudian , ayah membuat keputusan untuk membeli alat pendengaran baharu di Ipoh walaupun harganya agak mahal . Satu pasang berharga RM 4000 . Kakak yang berbangsa Cina pernah memesan kepada saya , "Lain kali , jangan hilangkan alat ini tau. Benda (Alat) ini mahal , saya takut ayah awak tak mampu nak beli baru,"
Saya hanya mengangguk . Bagaikan tidak mengendah pesanan dia .
Alhamdulillah , saya menjumpai alat-alat pendengaran yang lama di atas almari bilik saya dengan perasaan gembira selepas beberapa hari . Tetapi , yang misterinya , bagaimanakah alat-alat tersebut boleh berada di atas almari ? Sedangkan saya meletakkan ia di meja belajar yang separas dengan pinggang saya .
Terima kasih kepada Puan Rosiah kerana menjawab pertanyaan saya tentang bila berlakunya detik ini . Saya sendiri tak ingat bila dan di mana, maka minta bantuan Puan Rosiah . HEHE ..
Pengajarannya, hargai setiap detik bersama mereka yang tersayang, dan berhati-hati selalu.
BalasPadamKipidap Nabila. Teruskan menulis, sekurang-kurangnya 2 entri sebulan.
Masya Allah. Banyak sangat pengajaran yang saya tak dapat lupakan,cikgu.
PadamIn sha allah , saya akan usaha untuk menulis 2 entri sebulan .