Khamis, 16 Februari 2017

Cikgu Bapa Yang Kuat !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

      Encik Dilmi atau lebih mesra dipanggil oleh saya iaitu Cikgu Dilmi merupakan seorang guru Pendidikan Seni Visual di sekolah saya . Beliau mungkin berumur 50-an dan badannya kelihatan kurus dan fit walaupun usianya makin lanjut . Beliau seorang yang prihatin (Ambil berat tentang kesihatan sesorang, pagi tadi saya ditanya demam atau tidak sebab saya kelihatan tidak bermaya. Kalau ya , dia akan suruh berjumpa seorang guru untuk meminta ubat atau berehat. Tetapi saya sekadar menggeleng sebab saya tidak demam , cuma pening sedikit. Faham?) , malah beliau juga akan menceritakan tentang pengalamannya yang pernah meminta tunjuk ajar melukis daripada gurunya tetapi gurunya selamba menjawab "Bak 50 ringgit . Baru cikgu ajar," serta pengalaman menjadi guru seni dan sebagainya. Perwatakannya benar-benar seiring dengan sikap saya yang pendiam sehinggakan saya selesa dengannya dalam masa yang singkat .

*Ceh , selamba benar cikgunya.*

     Pada pagi tadi ketika beliau mengajar waktu PSV, selepas dia memberikan tutor cara mewarna dengan menggunakan berus dan poster colour kepada saya dan rakan sekelas dengan lebih dekat, saya dan rakan saya, Atif pun pergi ke tempat Cikgu Dilmi berada dan duduk berhadapan dengan dia.
      
      Ketika itu , beliau sedang mewarna lukisannya manakala kami sedang memerhatikan cara dia mewarnakan kerana otak saya entah ke mana masa tutor ramai-ramai tadi disebabkan menahan keperitan sejak waktu pertama di kelas saya. Saya dan Atif akan menanyakan perkara yang tidak difahami tentang seni kepada beliau . Nasib baik, beliau tidak sombong dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu berkaitan seni . Kemudian , sempat lagi beliau bercerita tentang anaknya yang mempunyai minat sama dengan beliau iaitu melukis dan mewarna .

         "Biasalah, keturunan kan," kataku kepada Atif selepas mendengar cerita Cikgu Dilmi tentang anaknya . Mana tidaknya , bak peribahasa Melayu, bapa borek anak rintik . Atau pun , bagaimana acuan begitulah kuihnya .

        Atif ketawa .

        "Cikgu, anak cikgu semua berapa?" Tanyaku .

        "Ahhh, 7 anak," jawabnya tetapi matanya tetap di lukisan . :D

        "Oh , 7 anak," baru ku tahu tentang bilangan anaknya . "Banyak juga," luahku kepada Atif dan Cikgu Dilmi yang setia mendengar walaupun khusyuk mewarna lukisannya .

      Atif sekali lagi ketawa akan luahanku .  "Eh eh , banyak kau kata,"

      "Tak, sebab banyak daripada Cikgu Izzuddin," terangku .

       "Ah, Cikgu Izzuddin berapa?" Tanya Cikgu Dilmi kepadaku .

       "Berapa eh? 6 anak , cikgu," jawabku . 
       "Oh, 6?" Beliau senyap selepas mendengar jawapanku.

'Huishh, Cikgu Dilmi kuat pulak dah sehinggakan mempunyai 7 cahayamata . Mak aku pun tak mampu nak bagi lebih,' bisik hatiku yang mengagumi kekuatannya sebagai bapa . Bukan setakat beliau , Cikgu Izzuddin pun sama , 6 anak. HAHA.. Anak rezeki Allah kan .
    
       "Anak bongsu dia tengah sekolah rendah kot," ceritaku .

       "Kalau anak cikgu , yang sulung dah kerja . Nombor 2 kerja juga . Nombor 3 sekarang tengah belajar ijazah(tak sure betul ke tak sebab tersalah dengar) . Nombor 4 sampai nombor 7 tu belajar juga,"  ujarnya menceritakan tentang urutan anak-anaknya sedang buat apa sekarang . 

       Saya sekadar mengangguk .

       "Uihhh," saya tersengih sebab ceritanya tentang 7 anak . Banyak tu . HAHA . Langsung tak pernah terlintas dalam kepala pasal cikgu ada anak ramai sangat .

      Kami hanya mendengar ceritanya sambil memerhati lukisannya yang sedang diwarnakan . Malah , saya mengagumi sekali lagi kekuatannya sebagai suami , bapa dan guru . Mampu memikul tanggungjawab yang berat sehingga badannya kelihatan kurus . Ya lah , ramai yang kata beliau kurus boleh pakai baju apa-apa kan . Baju klasik ke , baju rasmi ke , baju melayu ke . Beliau  pakai apa-apa pun tetap muat dengan saiz badannya yang kurus .

Minta maaf ,Cikgu Izzuddin kalau saya dah tikam belakang cikgu . Sekadar berkongsi cerita sahaja.

2 ulasan:

  1. Betul tu Nabila, anak ni rezeki. Ada rakan cikgu yang dah kahwin lwbih 15 tahun, masih belum dapat seorang pun cahaya mata. Anak juga amanah. Kadangkala ibu bapa lupa bahawa anak adalah peluang untuk menambh saham akhirat. Ada yang sibuk mencari rezeki hingga lupa mengajar dan mengasuh anak menjadi manusia. Akhirnya yang rugi adalah ibu bapa dan anak yang sudah kehilangan arah tuju.
    Bersyukurlah jika ada ibu atau ayah yang masih mengambil berat, memberi nasihat dan teguran. Itu tanda kasih sayang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke , perkahwinan rakan cikgu selama 15 tahun lebih tidak mempunyai cahayamata sehingga sekarang ?
      Betul tu , cikgu. Sekarang ni saya dah dengar banyak kes dera anak yang semakin berleluasa . Masya Allah. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan sebagai anak yang diabaikan.
      Alhamdulillah, sungguh mendalam kata-kata cikgu.

      Padam