Jumaat, 9 September 2016

Hari Raya Aidiladha


    Alhamdulillah, hari ini saya mempunyai masa lapang untuk menulis blog ini. 'Fuhh,nasib baik.' Yalah, peperiksaan akhir tahun sudah nak dekat. Pejam celik pejam mata sekejap sahaja masa berlalu. Allahu. 
        Terima kasih kepada pembaca yang sudi mengunjungi lawan web saya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan saya sebelum perayaan Aidiladha pada minggu hadapan. Jadi, hari ingin menceritakan tentang definisi Hari Raya Aidiladha dan lain-lain. 
       Hari Raya AidilAdha dikenali sebagai Hari Raya Haji. Dari segi bahasa Arab, ia adalah Eid Ul-Adha.Hari Raya Aidiladha merupakan satu perayaan yang disambut oleh setiap orang muslim pada hari ke-10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Perayaan tersebut bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah pada pagi 10  Zulhijjah
         Selain itu, perayaan tersebut juga disambut dengan ibadah korban yang dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah. Hari-hari tersebut dikenali sebagai Hari Tasyrik. Ibadah korban juga bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehinggalah sebelum tenggelamnya matahari pada 13 Zulhijjah.
         Tujuan peraayan tersebut adalah umat Islam dapat memperingati kisah pengorbanan kisah Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. 
         Perayaan tersebut disambut pada hari ke-10 Zulhijjah kerana 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam. Hal ini disebabkan, Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah pada hari tersebut. 
"Masya-Allah" 
          Sumbernya dari Wikipedia tetapi saya menukar sedikit ayat.
       Berdasarkan dari pengalaman saya selama 16 tahun ini, biasanya saya bersama ahli keluarga termasuk saudara-mara akan bertakbir bersama-sama di luar kampung. Kemudian, kami akan pergi ke tempat haiwan yang dikorbakan yang berdekatan. 
       "Eeee, gelinya tengok darah."  "Hmm, kesiannya lembu tu" "Nak balik, ayah"
Inilah yang saya selalu cakap apabila berada di tempat tersebut. Itupun masa saya berumur 5 sehingga 11 tahun. Alhamdulillah, saya sudah biasa sekarang kerana sudah memahami apa tujuan Aidiladha disambut.  
Seterusnya, saudara-mara lelaki akan memotong bahagian yang sepatutnya di halaman kampung saya bersama jiran-jiran yang berdekatan. Biasanya, halaman kampung saya menjadi tempat utama saya apabila tiba perayaan  Aidilfitri dan Aidiladha, Manakala, saudara-mara perempuan akan membantu dalam membungkuskan daging haiwan kedalam plastik untuk mengagihkan kepada jiran-jiran yang berdekatan. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara umat Islam.
Akhir sekali, kami akan mengemaskan apa yang patut jika daging haiwan sudah diagihkan dan habis pada masanya, Alhamdulillah, kemudiannya kami akan berehat sepuas-puasnya. 
Maka, habislah riwayat tentang kronologi Hari Raya Aidiladha yang dialami oleh saya dan ahli keluarga.  
Bagi sesiapa yang pulang ke kampung, pastikan kenderaan anda sihat. Pastikan anda sudah merancang perjalanan dan memandu dengan kelajuan yang ditetapkan.
"Biar lambat, asalkan selamat sampai di destinasi yang ditujui"
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Andai ada kesilapan yang saya lakukan, mohon maafkan saya.

Isnin, 5 September 2016

Arwah Datukku AnugerahKu

MENGENANG KEMBALI KENANGAN BERSAMA ARWAH DATUK
      Ketika aku belajar subjek Bahasa Inggeris pagi tadi, guruku memberi tugasan kepada kelasku. Tugasan tersebut ialah mengisi senarai-senarai tentang datuk saya. Misalnya,nama penuh, hobi, pekerjaan, aktiviti yang aku buat bersamanya,makanan kegemaran, barang kegemaran, Ketika itulah,lidahku kelu hendak memikirkan tentang semua itu. Kerana apa? Kerana aku tidak mengetahui apa-apa tentangnya kecuali namanya iaitu Hashim. Aku memanggilnya,Atok. *Oh, apa yang aku nak buat ni? Air mataku sedang menitis ketika aku menulis blog tentang beliau*
     Apabila saya membaca soalan yang menanyakan tentang apa aktiviti yang aku buat bersamanya, aku pun mengenang kembali kenangan kami sebelum arwah tiada. Mungkin tak banyak, tetapi satu sahaja yang bermakna bagiku. Beliau selalu menyambut aku dengan gembira apabila aku sudah sampai di kampung. Beliau akan menantikan aku di pintu dengan memakai kain pelikat dan tidak memakai baju. Dengan memanggil namaku, "Nabila", Itulah perasaan aku. Gembira, teruja semuanya ada. Mungkin disebabkan aku manja dengannya, Dan, ketika aku hendak menulis tentang aktiviti yang kami buat bersama, pada masa itulah, air mata aku menitis sedikit demi sedikit, Mengenang kembali kenangan kami. Nostalgia. Tetapi, aku menahan air mataku supaya tidak dilihat oleh rakan sekelas. Tidak mahu dikatakan "emosi sangat". Hahaha, Tapi itulah yang aku rasa. Pemergiannya tampak memberi impak yang besar kepada aku kerana tidak dapat bermain dengannya lagi. 

Ouh, yeahh. This topic can be like "menyampah la" but, to me, "He is my heroes including my father."

 Benar, arwah datukku seorang yang paling berharga bagiku.  Beliau telah meninggal dunia ketika saya berumur 4 atau 5 tahun bersamaan 2004 atau 2005. Ketika beliau terlantar di katil memakai kain kafan, aku tidak tahu apa yang berlaku. AtokMak dan anaknya pergi mengelilinginya sambil mencium dahi arwah, sambil menangis kerana agak terkesan terhadap pemergiannya. Yang paling realistik, sepupu aku tidak menangis tetapi aku pula yang menangis teresak-esak disebabkan pemergiannya. Sudahlah kecil, berumur 4-5 tahun, tetapi masih boleh merasai apa yang beliau rasa iaitu 'Mati', Beliau seolah-seolah hendak memberitahu aku bahawa dia sudah tiada dan dia tidak dapat menemani aku untuk bermain dengannya. Juga memberitahu tentang maksud 'mati' kepadaku. Sampai sekarang, pemergiannya masih dirasai, tetapi orang yang hidup pasti akan mati. Itulah fakta dan aku redha dengan pemergiannya.  

Beliau telah meninggalkan keluarga kami selama 12 tahun. Al-fatihah kepada Atok Hashim. Moga Atok tenang di sana.
Innalillahiwainnarojiun.