Jumaat, 9 September 2016

Hari Raya Aidiladha


    Alhamdulillah, hari ini saya mempunyai masa lapang untuk menulis blog ini. 'Fuhh,nasib baik.' Yalah, peperiksaan akhir tahun sudah nak dekat. Pejam celik pejam mata sekejap sahaja masa berlalu. Allahu. 
        Terima kasih kepada pembaca yang sudi mengunjungi lawan web saya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan saya sebelum perayaan Aidiladha pada minggu hadapan. Jadi, hari ingin menceritakan tentang definisi Hari Raya Aidiladha dan lain-lain. 
       Hari Raya AidilAdha dikenali sebagai Hari Raya Haji. Dari segi bahasa Arab, ia adalah Eid Ul-Adha.Hari Raya Aidiladha merupakan satu perayaan yang disambut oleh setiap orang muslim pada hari ke-10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Perayaan tersebut bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah pada pagi 10  Zulhijjah
         Selain itu, perayaan tersebut juga disambut dengan ibadah korban yang dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah. Hari-hari tersebut dikenali sebagai Hari Tasyrik. Ibadah korban juga bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehinggalah sebelum tenggelamnya matahari pada 13 Zulhijjah.
         Tujuan peraayan tersebut adalah umat Islam dapat memperingati kisah pengorbanan kisah Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. 
         Perayaan tersebut disambut pada hari ke-10 Zulhijjah kerana 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam. Hal ini disebabkan, Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah pada hari tersebut. 
"Masya-Allah" 
          Sumbernya dari Wikipedia tetapi saya menukar sedikit ayat.
       Berdasarkan dari pengalaman saya selama 16 tahun ini, biasanya saya bersama ahli keluarga termasuk saudara-mara akan bertakbir bersama-sama di luar kampung. Kemudian, kami akan pergi ke tempat haiwan yang dikorbakan yang berdekatan. 
       "Eeee, gelinya tengok darah."  "Hmm, kesiannya lembu tu" "Nak balik, ayah"
Inilah yang saya selalu cakap apabila berada di tempat tersebut. Itupun masa saya berumur 5 sehingga 11 tahun. Alhamdulillah, saya sudah biasa sekarang kerana sudah memahami apa tujuan Aidiladha disambut.  
Seterusnya, saudara-mara lelaki akan memotong bahagian yang sepatutnya di halaman kampung saya bersama jiran-jiran yang berdekatan. Biasanya, halaman kampung saya menjadi tempat utama saya apabila tiba perayaan  Aidilfitri dan Aidiladha, Manakala, saudara-mara perempuan akan membantu dalam membungkuskan daging haiwan kedalam plastik untuk mengagihkan kepada jiran-jiran yang berdekatan. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara umat Islam.
Akhir sekali, kami akan mengemaskan apa yang patut jika daging haiwan sudah diagihkan dan habis pada masanya, Alhamdulillah, kemudiannya kami akan berehat sepuas-puasnya. 
Maka, habislah riwayat tentang kronologi Hari Raya Aidiladha yang dialami oleh saya dan ahli keluarga.  
Bagi sesiapa yang pulang ke kampung, pastikan kenderaan anda sihat. Pastikan anda sudah merancang perjalanan dan memandu dengan kelajuan yang ditetapkan.
"Biar lambat, asalkan selamat sampai di destinasi yang ditujui"
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Andai ada kesilapan yang saya lakukan, mohon maafkan saya.

1 ulasan:

  1. Nanti kalau dapat lulus temuduga ke SMPKV di Merbok Kedah, Nabila dapat jumpa kawan cikgu, Namanya Cikgu Zuraidi Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum. Di sana, belajar jadi perantau, jauh daripada keluarga tetapi membentuk jiwa kita jadi kuat.

    BalasPadam