MENGENANG KEMBALI KENANGAN BERSAMA ARWAH DATUK
Ketika aku belajar subjek Bahasa Inggeris pagi tadi, guruku memberi tugasan kepada kelasku. Tugasan tersebut ialah mengisi senarai-senarai tentang datuk saya. Misalnya,nama penuh, hobi, pekerjaan, aktiviti yang aku buat bersamanya,makanan kegemaran, barang kegemaran, Ketika itulah,lidahku kelu hendak memikirkan tentang semua itu. Kerana apa? Kerana aku tidak mengetahui apa-apa tentangnya kecuali namanya iaitu Hashim. Aku memanggilnya,Atok. *Oh, apa yang aku nak buat ni? Air mataku sedang menitis ketika aku menulis blog tentang beliau*
Apabila saya membaca soalan yang menanyakan tentang apa aktiviti yang aku buat bersamanya, aku pun mengenang kembali kenangan kami sebelum arwah tiada. Mungkin tak banyak, tetapi satu sahaja yang bermakna bagiku. Beliau selalu menyambut aku dengan gembira apabila aku sudah sampai di kampung. Beliau akan menantikan aku di pintu dengan memakai kain pelikat dan tidak memakai baju. Dengan memanggil namaku, "Nabila", Itulah perasaan aku. Gembira, teruja semuanya ada. Mungkin disebabkan aku manja dengannya, Dan, ketika aku hendak menulis tentang aktiviti yang kami buat bersama, pada masa itulah, air mata aku menitis sedikit demi sedikit, Mengenang kembali kenangan kami. Nostalgia. Tetapi, aku menahan air mataku supaya tidak dilihat oleh rakan sekelas. Tidak mahu dikatakan "emosi sangat". Hahaha, Tapi itulah yang aku rasa. Pemergiannya tampak memberi impak yang besar kepada aku kerana tidak dapat bermain dengannya lagi.
Ouh, yeahh. This topic can be like "menyampah la" but, to me, "He is my heroes including my father."
Benar, arwah datukku seorang yang paling berharga bagiku. Beliau telah meninggal dunia ketika saya berumur 4 atau 5 tahun bersamaan 2004 atau 2005. Ketika beliau terlantar di katil memakai kain kafan, aku tidak tahu apa yang berlaku. AtokMak dan anaknya pergi mengelilinginya sambil mencium dahi arwah, sambil menangis kerana agak terkesan terhadap pemergiannya. Yang paling realistik, sepupu aku tidak menangis tetapi aku pula yang menangis teresak-esak disebabkan pemergiannya. Sudahlah kecil, berumur 4-5 tahun, tetapi masih boleh merasai apa yang beliau rasa iaitu 'Mati', Beliau seolah-seolah hendak memberitahu aku bahawa dia sudah tiada dan dia tidak dapat menemani aku untuk bermain dengannya. Juga memberitahu tentang maksud 'mati' kepadaku. Sampai sekarang, pemergiannya masih dirasai, tetapi orang yang hidup pasti akan mati. Itulah fakta dan aku redha dengan pemergiannya.
Beliau telah meninggalkan keluarga kami selama 12 tahun. Al-fatihah kepada Atok Hashim. Moga Atok tenang di sana.
Innalillahiwainnarojiun.
Kipidap
BalasPadamAipp,aipp. Terima kasih ckgu. Inipun sebab nasihat dan tunjuk ajar yang cikgu berikan kepada saya. :D
Padam