Baru sehari dah habis acara merentas desa , kaki masih lagi tak boleh mahu berjalan seperti biasa . Entah bila kaki boleh berjalan seperti biasa ? Alhamdulillah tahun ini aku mendapat tempat ke-3 berbanding sebelum ini .
Tak larat nak lari 5 km pun kenalah lari walaupun larinya pendek kemudian berjalan kaki . Ke aku memang tiada stamina yang secukupnya ?
Awal petang tadi , aku bertembung dengan Cik Su yang baru keluar dari rumahnya bersama anaknya ketika aku sedang menjalankan tugas memotong pokok-pokok yang dah berterabur di lantai . Kami pun membalas senyuman masing-masing malah tidak mengatakan apa-apa . Maka , kami pun ke haluan masing-masing . Aku menyambung tugasku manakala dia memandu keretanya entah ke mana .
Usai mandi petang tadi , bilik tidur aku tiba-tiba diceroboh oleh ibu . Aku pun tergamam sebab punyalah aku terkejut dia tak ketuk bilik . Baru separuh dah sarung pakaian tidur . Fuhh , speed katanya . Dia pun baling sebuah plastik yang isinya pun aku tak tahu menahu di atas katilku .
"Cik Su kasi," katanya dalam nada yang lembut selepas membaling plastik tersebut kemudian ke ruang tamu mini .
Aku pun hairan sebab Cik Su tak pernah bagi apa-apa sebelum ini .
Kalau nak tahu siapa Cik Su , beliau ialah jiran yang tinggal di sebelah rumahku di Taman Emas 2 . Beliau sudah membina rumahtangga bersama jejaka yang sado tetapi badannya kecil dan mempunyai dua cahaya mata . Umurnya mungkin dalam 30-an kerana anak-anaknya masih kecil lagi . Seorang dah bersekolah darjah 2 , seorang lagi masih memerlukan susu (?) .
Aku pun membelek lalu mengeluarkan isinya daripada plastik tersebut untuk merungkai misteri yang terdapat di dalam plastik itu . Terdapat tudung bawal berwarna pink bercorak seperti seni yang tidak dapat diungkapkan dengan mulut di dalam plastik itu . Aku tak faham seni-seni walaupun aku ambil mata pelajaran Seni Visual melainkan ERT . Kuikuikui .
'Ya Allah , buat apa dia bazirkan duit demi beli tudung untuk aku ? Padahal tidak rapat sangat,' desis hatiku .
Apa-apapun , terima kasih banyak-banyak Cik Su kerana bersusah-payah untuk membeli tudung bawal kepada saya . Ada masa , saya akan membalas jasa Cik Su sebagai jiran .
Sememangnya penduduk di sini memang sunyi kecuali pada zaman kanak-kanak aku . Hal ini disebabkan , aku sering keluar dari rumah untuk bermain bersama rakan-rakan dan sering melawat jiran yang dikenali bersama ibu bapa . Jiran-jiran pun sering melayan karenah masing-masing atau boleh dikatakan peramah dan selalu mengambil berat antara satu sama lain ketika itu .
Moga hubungan ukhuwah masyarakat di sini tidak terputus hanya disebabkan kami jarang bersua muka .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan