Inilah novel yang ditulis oleh saya tetapi tidak mendapat inspirasi yang secukupnya hingga menyebabkan saya tidak dapat meneruskan penulisan novel ini . Saya akan cuba untuk berjuang dalam penulisan novel yang bakal dikeluarkan pada tahun hadapan . In sha allah .
Anda boleh memberi pendapat atau sebarang komen tentang penulisan novel 'Bila CEO Jatuh Cinta' .
Pppappppp!!!!Fariz telah dilanggar oleh seseorang sehingga terdengar
bunyi gelas-gelas yang jatuh dari dulang. Sehinggakan pelanggan-pelanggan yang
berada di sana melihat apa yang berlaku. Mula dah drama !
“Alamak,kot aku!!”
Fariz
melihat kotnya yang sedikit basah disebabkan ketumpahan air dari gelas oleh
pelayan restoran.Air yang tumpah tadi taklah sedikit sampai 4 gelas.
‘Hishh!!Yalah
, ini kan kot kesayangan aku.Dahlah mahal, diperbuat daripada kain yang sukar
didapati pula’ getus dalam hatinya sambil perasaan marahnya terbuak-buak.
Kemudian,Fariz melihat gadis yang telah membasahkan kotnya.
‘Hisk,
mahu je aku kenakan perempuan yang cuai ni!’
“Woi,kau ingat kot ni murah sangat ke
sampai kau tumpahkan air kat kot aku ni? Hahh? Jalan tu pakailah mata,jangan
pakai kaki aje!” teriaknya kepada seorang gadis yang telah tumpahkan air
sebentar tadi.
Fariz
menanggalkan kotnyakerana tidak mahu dilihat oleh pelanggan-pelanggan yang
berada di sana. Serentak itu,Ilham menjelingkan kearah gadis tadi yang
kelihatan kelam-kabut sehingga tak dapat mengawal emosinya. Dia berpakaian
seperti pelayan bagi restoran ini. ‘Ceh,pekerja restoran ni rupanya. Restoran
terkenal macam ni pun pilih dia kerja sini?’ soal hatinya.
“Saya
minta maaf encik.Saya tak sengaja.”Luah gadis tersebut sambil tangannya sedang
mengambil beberapa helai tisu di atas meja yang berdekatan kemudiannya
mengelapkan kot Fariz bagimenghilangkan kesan tersebut.Fariz tersentak.Dia pun
segera menolak tangan gadis tadi yang sedang mengelap bajuku sambil mulutnya hendak
mengeluarkan kata-kata pedas.Malangnya , dihalang oleh seorang pengurus
restoran yang muncul secara tiba-tiba.
“Maafkan
saya Tuan Ilham dan maafkan kesilapan pekerja saya.Tolong lupakan kejadian yang
berlaku sebentar tadi. Saya akan pastikan perkara sebentar tadi tidak diulangi
lagi pada masa depan.” Kata Encik Hadi teragak-agak kepada Tuan Ilham sambil
memandang pekerjanya. Encik Hadi takut akan kata-kata yang bakal dikeluarkan
dari mulut Tuan Ilham .
‘Eh,
mestilah kena takut. Dia ni pelanggan tetap restoran ni,rakan kongsi aku bagi
restoran ni. Dah tu, takkan nak suruh dia minta maaf kot,’ Bisik hati Encik
Hadi.
-Bersambung-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan