Selasa, 27 Disember 2016

Lawak Plastik

Tinggal beberapa hari lagi untuk melangkah ke sekolah . Saya yang bakal calon SPM pun agak gementar kerana sudah lama tidak memegang pensil untuk menyalin nota ke dalam buku . Buku-buku ada juga saya pegang baru-baru ini untuk menjual buku lama , surat khabar , majalah dan sebagainya . 

Baru hari ini aku tribute kenangan bersama rakan sekelas . ^^ 

Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah bermula , aku rasa tak ramai yang datang . Mungkin dalam 7-8 orang yang datang dalam kelasku . Masih aku ingat lagi , pada masa dua terakhir kami disuruh oleh Cikgu Zarina untuk duduk di bilik pengawas yang berhadapan pejabat .

Setelah kami main permainan SAIDINA , mereka (perempuan kecuali aku) mula merayau-rayau di luar bilik pengawas untuk mendapatkan udara yang segar selain menghilangkan rasa bosan . Bila mereka masuk ke dalam bilik pengawas , giliran aku pula yang keluar dari bilik itu dengan tujuan yang sama . Tiba-tiba , ternampak seorang guru yang mukanya mirip sedikit dengan KJ , Menteri Belia Sukan itu . Hahaha . Mula teruja bila tengok beliau sebagai KJ , malangnya bila tengok lama-lama dah tak teruja sebab beliau bukan KJ tetapi sebagai guru yang jawatannya apa entah aku tak ingat .

Cikgu jangan marah ya kalau terbaca ni . Hehe .

Kemudian , aku masuk kembali ke dalam bilik tersebut lalu ternampak Cikgu Zarina yang sibuk kemas mejanya . Alahh , biasalah . 'Last day' katakan .

Bila aku ternampak beberapa plastik yang terbuka macam itu je , aku pun buat keputusan untuk melipat plastik itu bagi tidak menyakitkan mata . Arghhh .

Aku pun ambil plastik-plastik itu lalu duduk di lantai . Aku sedang melipat plastik dengan menggunakan teknik 'Segi tiga' . Kerat kerat lah teknik ni .

Kemudian , seorang rakanku menegur "Wah , pandai Bella lipat."
Aku menjawab "Ehh , biasa aje ."

Dia pun ambil satu plastik lalu tanya , "Macam mana nak lipat nih , Bell ?"
Aku pun tergamam sebab ingatkan dia pun tahu cara lipat dari gerak geri dia ambil plastik , rupanya tidak . Aku pun menjawab dalam pertanyaan "Lahh , takkan kau tak tahu caranya ?"
"Betul , aku tak tahu . Ajarlah . "
Dengan kesudian , aku pun mengajar dia perlahan-lahan ,"Lipat separuh pastu lipat lagi separuh ,"
"Okay" jawabnya yang menandakan dia faham arahanku .
"Pastu , lipat bentuk segi tiga dari bawah plastik tu ,"
"Hah ? Macam mana tu ? "
Aku pun tergelak disebakan reaksinya yang lucu . "Haha" "Lipat dari bawah plastik dengan bentuk segi tiga lah" sambil menunjukkan di mana bawah plastik seperti aku katakan tadi .
"Ouh , okay . " jawabnya dengan penuh teliti . "Dah siap" sambil menunjukkan plastik pertamanya yang sudah siap dilipat .
"Haa , pandai pun . Good girl . " aku memuji dia .

"Ahaaa ," Keluhku setelah kami sudah siap melipat plastik-plastik tersebut . Kemudian , Cikgu Zarina menegur , "Situ ada lagi ," sambil menunjukkan di mana plastik berada .
Aku tercengang " What ? Again ?"
Kami pun akur lalu ambil plastik yang berada berdekatan meja . Maka , lipatlah plastik itu menjadi segi tiga .

Sekian . 

Jumaat, 9 September 2016

Hari Raya Aidiladha


    Alhamdulillah, hari ini saya mempunyai masa lapang untuk menulis blog ini. 'Fuhh,nasib baik.' Yalah, peperiksaan akhir tahun sudah nak dekat. Pejam celik pejam mata sekejap sahaja masa berlalu. Allahu. 
        Terima kasih kepada pembaca yang sudi mengunjungi lawan web saya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan saya sebelum perayaan Aidiladha pada minggu hadapan. Jadi, hari ingin menceritakan tentang definisi Hari Raya Aidiladha dan lain-lain. 
       Hari Raya AidilAdha dikenali sebagai Hari Raya Haji. Dari segi bahasa Arab, ia adalah Eid Ul-Adha.Hari Raya Aidiladha merupakan satu perayaan yang disambut oleh setiap orang muslim pada hari ke-10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Perayaan tersebut bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah pada pagi 10  Zulhijjah
         Selain itu, perayaan tersebut juga disambut dengan ibadah korban yang dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah. Hari-hari tersebut dikenali sebagai Hari Tasyrik. Ibadah korban juga bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehinggalah sebelum tenggelamnya matahari pada 13 Zulhijjah.
         Tujuan peraayan tersebut adalah umat Islam dapat memperingati kisah pengorbanan kisah Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. 
         Perayaan tersebut disambut pada hari ke-10 Zulhijjah kerana 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam. Hal ini disebabkan, Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah pada hari tersebut. 
"Masya-Allah" 
          Sumbernya dari Wikipedia tetapi saya menukar sedikit ayat.
       Berdasarkan dari pengalaman saya selama 16 tahun ini, biasanya saya bersama ahli keluarga termasuk saudara-mara akan bertakbir bersama-sama di luar kampung. Kemudian, kami akan pergi ke tempat haiwan yang dikorbakan yang berdekatan. 
       "Eeee, gelinya tengok darah."  "Hmm, kesiannya lembu tu" "Nak balik, ayah"
Inilah yang saya selalu cakap apabila berada di tempat tersebut. Itupun masa saya berumur 5 sehingga 11 tahun. Alhamdulillah, saya sudah biasa sekarang kerana sudah memahami apa tujuan Aidiladha disambut.  
Seterusnya, saudara-mara lelaki akan memotong bahagian yang sepatutnya di halaman kampung saya bersama jiran-jiran yang berdekatan. Biasanya, halaman kampung saya menjadi tempat utama saya apabila tiba perayaan  Aidilfitri dan Aidiladha, Manakala, saudara-mara perempuan akan membantu dalam membungkuskan daging haiwan kedalam plastik untuk mengagihkan kepada jiran-jiran yang berdekatan. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara umat Islam.
Akhir sekali, kami akan mengemaskan apa yang patut jika daging haiwan sudah diagihkan dan habis pada masanya, Alhamdulillah, kemudiannya kami akan berehat sepuas-puasnya. 
Maka, habislah riwayat tentang kronologi Hari Raya Aidiladha yang dialami oleh saya dan ahli keluarga.  
Bagi sesiapa yang pulang ke kampung, pastikan kenderaan anda sihat. Pastikan anda sudah merancang perjalanan dan memandu dengan kelajuan yang ditetapkan.
"Biar lambat, asalkan selamat sampai di destinasi yang ditujui"
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Andai ada kesilapan yang saya lakukan, mohon maafkan saya.

Isnin, 5 September 2016

Arwah Datukku AnugerahKu

MENGENANG KEMBALI KENANGAN BERSAMA ARWAH DATUK
      Ketika aku belajar subjek Bahasa Inggeris pagi tadi, guruku memberi tugasan kepada kelasku. Tugasan tersebut ialah mengisi senarai-senarai tentang datuk saya. Misalnya,nama penuh, hobi, pekerjaan, aktiviti yang aku buat bersamanya,makanan kegemaran, barang kegemaran, Ketika itulah,lidahku kelu hendak memikirkan tentang semua itu. Kerana apa? Kerana aku tidak mengetahui apa-apa tentangnya kecuali namanya iaitu Hashim. Aku memanggilnya,Atok. *Oh, apa yang aku nak buat ni? Air mataku sedang menitis ketika aku menulis blog tentang beliau*
     Apabila saya membaca soalan yang menanyakan tentang apa aktiviti yang aku buat bersamanya, aku pun mengenang kembali kenangan kami sebelum arwah tiada. Mungkin tak banyak, tetapi satu sahaja yang bermakna bagiku. Beliau selalu menyambut aku dengan gembira apabila aku sudah sampai di kampung. Beliau akan menantikan aku di pintu dengan memakai kain pelikat dan tidak memakai baju. Dengan memanggil namaku, "Nabila", Itulah perasaan aku. Gembira, teruja semuanya ada. Mungkin disebabkan aku manja dengannya, Dan, ketika aku hendak menulis tentang aktiviti yang kami buat bersama, pada masa itulah, air mata aku menitis sedikit demi sedikit, Mengenang kembali kenangan kami. Nostalgia. Tetapi, aku menahan air mataku supaya tidak dilihat oleh rakan sekelas. Tidak mahu dikatakan "emosi sangat". Hahaha, Tapi itulah yang aku rasa. Pemergiannya tampak memberi impak yang besar kepada aku kerana tidak dapat bermain dengannya lagi. 

Ouh, yeahh. This topic can be like "menyampah la" but, to me, "He is my heroes including my father."

 Benar, arwah datukku seorang yang paling berharga bagiku.  Beliau telah meninggal dunia ketika saya berumur 4 atau 5 tahun bersamaan 2004 atau 2005. Ketika beliau terlantar di katil memakai kain kafan, aku tidak tahu apa yang berlaku. AtokMak dan anaknya pergi mengelilinginya sambil mencium dahi arwah, sambil menangis kerana agak terkesan terhadap pemergiannya. Yang paling realistik, sepupu aku tidak menangis tetapi aku pula yang menangis teresak-esak disebabkan pemergiannya. Sudahlah kecil, berumur 4-5 tahun, tetapi masih boleh merasai apa yang beliau rasa iaitu 'Mati', Beliau seolah-seolah hendak memberitahu aku bahawa dia sudah tiada dan dia tidak dapat menemani aku untuk bermain dengannya. Juga memberitahu tentang maksud 'mati' kepadaku. Sampai sekarang, pemergiannya masih dirasai, tetapi orang yang hidup pasti akan mati. Itulah fakta dan aku redha dengan pemergiannya.  

Beliau telah meninggalkan keluarga kami selama 12 tahun. Al-fatihah kepada Atok Hashim. Moga Atok tenang di sana.
Innalillahiwainnarojiun. 

Selasa, 30 Ogos 2016

Hari Keusahawanan di Sekolah Saya

Alhamdulillah, syukur kepada Allah saya diberi peluang untuk bernafas di bumi ini . Saya sudah lama tidak melayari internet dan tidak memberikan nafas baharu kepada blog ini akibat kesibukan jadual sekolah dan peperiksaan PT3. Memang benar saya rindu untuk membuat cerita baru di blog ini . Sudah 3 tahun agaknya . Kali ini, saya akan mengisahkan tentang Hari Keusahawanan yang dianjur oleh SMK Seri Samudera pada 4 Ogos 2016 bersamaan hari Khamis .
Gambar-gambar di bawah ini adalah peristiwa yang berlaku pada hari tersebut .
Pelajar tingkatan 5 sedang membincangkan tentang lagu yang hendak dinyanyikan bagi menceriakan lagi persembahan mereka .

Encik Izzuddin sedang berjalan ke arah pentas bagi memerhati keadaan di seluruh kawasan.

Peserta bagi pertandingan uji bakat nyanyian sedang mendaftar diri di atas pentas tersebut .

Ketika majlis tersebut dilangsungkan, 4 guru akan menjual tiket kupon menggantikan wang yang bertujuan untuk membeli makanan.

Bergambar bersama Cikgu Asmadi yang merupakan guru pelatih atau guru praktikal pada tahun 2016.

Bergambar bersama 'girlfriend' Mickey Mouse .

Bergambar bersama rakan sekelas.

Murid-murid sedang mendengar arahan yang diucapkan oleh Encik Hisham sebelum dibenarkan pulang.

Bergambar bersama manusia yang bergerak atau digelar 'candid'.

Sekian,terima kasih.