Selasa, 28 Mei 2019

Berikan Daku Masa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

    Sukar untuk saya menulis blog baharu kerana saya baru sahaja kehilangan ayahanda kesayangan. Allahyarham telah meninggal dunia pada 25/5/2019 dan pukul 11 pagi di Hospital Angkatan Tentera Lumut. 

    Pemergian beliau amat dirasai oleh sekeluarga, saudara mara dari Johor Bahru, jiran tetangga, rakan-rakan allahyarham dan bekas bos kepada ibu kerana beliau bersikap pemurah hati apabila rakannya meminta bantuan, sentiasa membuat lawak dan seorang yang ceria. 

    Saya juga baru selesai mengadakan majlis tahlil di rumah selama 3 hari ini. Ramai kenalan allahyarham dan ibu telah hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham.

    Saya dan ibu saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Rosiah kerana sudi menelefon saya walaupun tidak berapa rapat dengan allahyarham. Tetapi, allahyarham-lah yang sering hadir ke Pend Khas bagi mengetahui perkembangan saya dan selalu menghantar saya ke lawatan Pend Khas. Mungkin hal ini menyebabkan allahyarham ada berhubungan dengan Puan Rosiah selama saya belajar di SMK Seri Samudera 5 tahun.

    Saya mewakili sekeluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak atasan ibu (Navy), saudara-mara, jiran tetangga kerana sudi bertungkus-lumus menyediakan persiapan pengebumian dan juga persiapan majlis tahlil. Terima kasih kepada kenalan allahyarham dan ibu kerana sudi hadir ke majlis tahlil allahyarham meskipun ada yang hendak pulang ke kampung. 

Blog seterusnya akan saya tuliskan selepas saya pulih dari segi emosi dan mental. In sha allah. 

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
          google_ad_client: "ca-pub-2351008670574404",
          enable_page_level_ads: true
     });
</script>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan