Ahad, 26 April 2015

Impian Jadi Pemain Badminton Terpaksa Dilupakan

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini .
Saya berasa ingin berkongsi tentang impian saya yang ingin menjadi pemain badminton pada suatu hari nanti . Sekolah saya yang bernama SMK Seri Samudera pernah menganjurkan sebuah pertandingan badminton pada hari semalam (25/4/15) . Dalam hati saya ada mengatakan bahawa saya ingin menyertai pertandingan itu bagi memenuhi kepuasan saya . Tetapi pada masa itu , bapa saya sakit dan telahpun ditahan ke wad hospital selama 3 hari 2 malam . Disebabkan itulah saya terpaksa melupakan impian ini , bapa saya tetap menjadi keutamaan saya .
Saya berharap agar selepas ini ada rezeki untuk saya bagi menunaikan impian saya yang ingin menjadi pemain badminton selain itu ingin mewakili sekolah , daerah dan negara ataupun kebangsaan dalam setiap pertandingan badminton yang akan dianjurkan pada masa depan . Berdoa dalam hati bahawa saya perlu sentiasa kuat walaupun terpaksa melupakan impian ini . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan