Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada tahun ini, saya dan sekeluarga dapat beraya di Semerah, Batu Pahat setelah ayah saya habis menjalani dialisis di sesebuah tempat. Staf dialisis yang bertugas telahpun memberi kelonggaran kepada ayah saya untuk beraya di kampung selama 4 hari. Keadaan kampung saya agak aman dan damai. Tambahan pula dengan cuaca yang nyaman pada awal pagi dan malam. Pastinya, saya akan tidur lambat dan tidur lena.
Kampung saya mempunyai 2 tingkat dan berdinding kayu. Tingkat atas mempunyai 1 bilik tertutup (Tutup dengan langsir sahaja), 1 bilik tidur terbuka (tiada pintu) dan ruang tamu. Manakala, tingkat bawah mempunyai 2 bilik tidur tertutup (Tutup dengan langsir), ruang tamu utama, dapur, 2 bilik air dan 1 tandas. Di belakang kampung saya mempunyai pokok pisang dan pondok ayam, manakala di sebelah kiri kampung saya mempunyai sebuah perigi yang sudah tidak digunakan sejak saya sekolah rendah lagi.
Teringat pula zaman saya mandi perigi bersama-sama sepupu-sepupu perempuan.
Pada Syawal yang pertama, saya bangun dari tidur pada pukul 7 pagi. Saya tidur di bilik tidur utama bersama seorang sepupu perempuan yang bernama Kamel memandangkan tiada sesiapa yang menggunakan bilik tersebut. Setelah saya bangun dari tidur, saya terus menuju ke ruang tamu yang bersebelahan dengan bilik tidur tadi dalam keadaan mamai.
Nampak sahaja toto-toto yang tidak dilipat lagi, saya pun mengambil peluang untuk baring sementara. Ceh, idea yang jahat ya. Bukan nak tolong lipat pun. HUHUHU... Sebaik sahaja saya mahu merebahkan badan saya di atas toto dengan perasaan teruja, seorang bapa saudara (adik kandung ibu saya) yang digelar sebagai Cik Am telah tiba di kampung. Maklumlah, jarak rumah dia dari kampung Semerah hanya mengambil selama 1 jam 30 minit lebih. Dia pun bersalaman dengan saudara-mara di sana.
Pada waktu inilah, hati aku berbisik "Alamak, boleh pula dia spoil mood aku," Walaupun saya teruja dengan kehadiran Cik Am disebabkan saya tidak berjumpa dengan saudara mara selama 3 tahun.
Setelah beberapa minit, Cik Am pun menuju ke arah saya kemudian memeluk saya dari belakang. Ya, dia adalah bapa saudara yang manja tetapi manja dengan saya sahaja.
Nasib baik, dia bapa saudara yang mahram, maka saya tak perlu risau tentang kelakuan begitu (tetapi tiadalah sampai peluk ganas, jangan fikir bukan-bukan ya). Dia mahu bersalaman dengan saya sambil berbisik di sebelah telinga saya, "Haa, rindunya kat anak saudara yang manja ni. Nabila tak rindu kat Cik Am ke?"
Saya hanya menggeleng kepala saya sebagai jawapan 'Tidak' tetapi dalam hati saya, saya amat merindui dia termasuklah saudara mara yang lain.
"Haa, tak?" Dia mahu mendengar jawapan saya sekali lagi.
Saya menggeleng kepala saya sekali lagi.
Kemudian, dia bermain-main dengan saya manakala saya agak geli dengan kelakuan dia. Saudara mara yang lain tahu bagaimana perangai Cik Am terhadap saya. Kononnya, saya adalah anak bongsu yang manja hahahaha. Kelakar pula.
Selepas kami bermain-main selama 2 minit, kami pun membuat hal masing-masing.Dia menuju ke dapur manakala saya mengemas ruang tamu yang dipenuhi dengan toto-toto.
"Baru aku tahu yang aku masih dianggap sebagai budak kecil lagi dalam kalangan bapa saudara aku walaupun aku dah 18 tahun," getus hatiku.
Fuhh. Dugaan anak bongsu yang manja tetapi tidak minta dimanjakan. Redha sahaja. Huhuhu.