Khamis, 4 Januari 2018

"Siapa murung? Kamu ke?"

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

      Pagi tadi, saya berasa sedikit gementar & teruja kerana akan merasai pembelajaran tahap Pendidikan Khas untuk kali pertama. Well. Ibu bapa yang menyuruh saya menyambung lagi di Pendidikan Khas setelah tamat SPM 2017. Tujuannya ialah saya perlu didedahkan dengan pelbagai benda baharu seperti masakan, jahitan, melukis dan lain-lain. Saya akur sahaja dengan hati yang lapang walaupun saya berhasrat untuk bekerja tetapi dibantah oleh mereka. 

      Ya, saya tiada masa untuk buat semua perkara ketika menduduki SPM 2017. Jadi, saya fikir bahawa saya perlu mengambil peluang ini untuk merasai kesemuanya yang saya tidak dapat rasakan sebelum ini. 

      Cikgu Rosiah pernah berkata pada waktu rehat semalam, "Kamu cuma perlu masak, semua apa. Sebab kamu dah pandai belajar subjek lain. Ibu kamu pun cakap macam tu. Boleh ya?"

      Saya hanya mengangguk sambil memberi senyuman.

      "Mama tahu kamu boleh." Ujarnya memberi sokongan kepada saya. 

      "Ya, mama" jawabku. 

      Cikgu Kazi pula, "Nabila, kalau keputusan kamu elok, kamu boleh minta belajar kat universiti mana lepastu," 

      "Tapi, taktahu lagi," jawabku.

      "Haa, yelah, tapi, boleh mohon kan," ujarnya. 

      "Baik, abah." Jawabku sambil kepalaku  memikirkan pelbagai persoalan. 

      Setelah saya belajar di Pendidikan Khas untuk kali pertama, saya okay sahaja. Saya hanya perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri di sana. Hal ini disebabkan, rakan seangkatan saya yang pernah bergaul rapat dengan saya pada tahun lepas sudah tamat sekolah.

     Antaranya ialah Philmond, Kamal Zaim, Fatina dan ramai lagi. Rozaimee pula pelajar SPM pada tahun ini. Maka, saya pun berasa sunyi, tetapi saya bersyukur masih ada rakan lelaki yang sudi bergaul dengan saya. Perempuan? Masih memerlukan masa kerana kami tidak bersatu hati. 

      Saya rehat seorang diri. Ketika saya makan pun hanya memikirkan rakan saya seperti Fatina, Philmond, Kamal dan ramai lagi. 

      "Kalau-lah Fatina dengan semua ada. Kalau-lah Cikgu Izzuddin ada." Getus hatiku secara tiba-tiba. 

      Eh, kenapa pula mention nama Cikgu Izzuddin. Tiba-tiba je.
             *cerita betul ni*

      Setelah waktu rehat, saya ternampak satu susuk badan yang sedang berjalan ke anjung lenggang (tak ingat ejaannya). Oh, itu mesti Cikgu Razak. Beliau merupakan kaunselor terhormat di sekolah saya. Sepatutnya, semalam beliau perlu memberi taklimat tetapi tidak dapat hadir atas urusan kerja. Jadi, beliau menangguh kepada hari ini dan hadirnya sebuah lelaki yang terhormat di anjung lenggang. 😹

      Saya perasan ketika beliau memberi  taklimat, beliau sentiasa merenung mata saya. Sebenarnya, saya sudah perasan sejak dua tahun lepas (kelas aliran perdana), cuma saya mengabaikan hal ini sahaja kerana saya tidak mahu 'gelojoh'.

      "Ahh, sudah. Kan dia kenal aku," Getus hatiku selepas direnung sebegitu. 

      Setelah taklimatnya diberi, saya bergegas ke arah Cikgu Razak untuk bertanya sesuatu. Beliau sedang bersalaman dengan murid lelaki. 
 
      "Cikgu," saya panggilnya. 

      "Ya,"

      "Saya nak tanya, macam mana nak kurangkan kemurungan?" tanyaku seolah-olah 'tiada hidup'.

      "Siapa murung? Kamu ke?"

      Saya mengangguk.

      "Murung sebab apa?" tanyanya dengan muka yang serius.

      "Sebab masalah lah. Tapi, tak seteruk itu." Jawabku dengan sedikit senyuman. 

      "Cuba cerita macam mana masalah kamu," 

       Saya pun menceritakan tentang masalah saya dari permulaan. Tetapi, sekejap sahaja saya bercerita sebab kami perlu bergegas ke arah masing-masing.

      "Takpe. Esok, cikgu akan panggil kamu untuk kamu cerita panjang di bilik kaunseling." 

      Saya hanya mengangguk. 

      "Boleh?"

      "Boleh je, cikgu." 

      "Okay. Nabila perlu masuk kelas,"

      "Baik. Terima kasih, cikgu," ucapku sambil tersenyum ke arahnya. 

Jadi, bagaimana nasib saya pada hari esok? Semoga semuanya berjalan dengan lancar.